Friday, January 29, 2010

Number 1!

Pagi ni mcm kebanyakan pagi yg lain i akan bukak Myspace, Facebook dan blog Couple utk check kalau ada apa2 berita menarik - mana la tau dapat masuk Rolling Stone lagi ke, atau dapat masuk cerita omputih mcm Humanzee lagi ke... hehe. Bila i bukak Facebook kitorang, i nampak Shahrin tulis komen "Da num 1! Da skang". Nasib baik la i faham bahasa2 singkat anak muda masa kini, kalau org2 tua lain mesti tak faham dah, dan tergaru2 kepala dan dagu semua utk cuba memahami bahasa singkat masa kini.

Kemudian, bila i check kat page Carta Negara XFM terus i terkezut, rupa-rupanya betul la lagu kitorang yg bertajuk "Lagu Cinta Untukmu" tu dah naik ke No. 1 dah. Mcm tak percaya je rasanya mula2 u. Maklumlah, lagu2 we all kan jarang masuk radio ni (sebab tu la tajuk album Pop Tak Masuk Radio), tapi apa2 pun i nak ucapkan terima kasih dan tahniah la kpd XFM, kerana mempunyai biji telur yg besar dan berani utk memasang lagu2 kitorang yg perasan ganazz ni.

Tapi i paling nak berterima kasih kepada pendengar2 dan penyokong2 kitorang (you all lah tu) yg sudi meluangkan masa utk mengundi kitorang sampailah tersampai jugak ke tangga pertama kat Carta Negara XFM tu. Terima kasih sangat2 tau u. Harap2 u all teruslah rajin mengundi biar tersangkut lama2 kat No. 1 lagu tu, biar stesyen lain tertanya2 lak - "Ni band haprak mana lak yg No. 1 lama sangat kat XFM ni? Ingat XFM je ke boleh main lagu band haprak ni, i pun boleh main jugak tau!"

Haaa kalau banyak stesyen radio yg main lagu tu, dan masuk carta gak ke kat stesyen2 lain, barulah ada chance sikit nak masuk Muzik Muzik mcm kengkawan kitorang. I pun teringin gak u, nak perform ada ramai penari2 atas stage ke, nak main bunga api atas stage ke, letup2 sana sini, mcm2 boleh buat tau, silap2 i ajak u allz je naik pentas sama2 kasi pecah, hehe.

Pokoknya dong, i harap u allz akan terus sudi mengundi utk kitorang yg tak seberapa ni (Masrin je yg hensem kot, dan Shahrin maybe cute). Kalau u nak request lagu kitorang kat stesyen2 radio lain lagi la bagus, kasi depa curious - "Apa ke jadahnya band yg budak2 ni asyik mintak lagunya ni?"

Sebagai penutup, sekali lagi i mengucapkan selambak terima kasih kpd u all semua, dan kalau nak undi lagi, jom lah klik di bawah ni:

KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI

Oh ya, i perasan semenjak dua menjak ni, ada je la mamat2 yg tiba2 nak fuck kitorang, kata kitorang tak layan org (biasanya diorang ni akan komen kat status kitorang). I rasa org2 ni semua tak pernah jumpa kitorang pun kot, sebab i rasa kitorang langsung tak pernah tak layan org kat gig ke, atau bila terserempak masa jalan2 ke. Kalau org tegur je, mesti kitorang layan. Kalau nak marah kata kitorang sombong in that way, i rasa ni semua memang fitnah dan busuk hati je. Kalau u tak caya, u try lah tegur kitorang nanti okay, confirm i takkan layan u, i buat2 pekak je nanti (mengikut kata pendengki2 tu lah, ahahha).

Tapi i rasa, kalau nak marah sebab kitorang tak balas komen kat Myspace tu maybe agak melampau dan bongok lah kot, sebab kalau soalan2 tak bermanfaat mcm - "Siapa 0n9 tu?", "Wei bila next gig korang ah?", "Hoi mcm mana nak beli CD korang?" - ni semua soalan2 yg jawapannya boleh dilihat terang lagi bersuluh kalau org yg bertanya tu baca profile kitorang tu, so memang kitorang tak balas lah sebab masa tu boleh digunakan utk banyak lagi benda yg bermanfaat. Susah payah i mengarang dan menulis info2 tu supaya senang semua org boleh terus baca, tapi sebab ada si polan ni malas nak baca tiba2 nak fuck org lak kononnya sombong. Memang otak geliga sungguh golongan2 mcm ni...

Okaylah, siapa 0n9 tu takdelah tertulis, tapi i rasa takde manfaat apa2 pun kalau tau siapa yg on9 kan, sebab kalau nak tanya soalan kat kitorang directly kan i dah letak kat Top Friends tu page kitorang yg personal, so gi la tanya kat sana je, betul tak?

Haaa pengajarannya? Tak baik memfitnah org ni, lagi teruk dari makan bangkai tau. Dan lagi sedih kalau sebab nak menyebarkan fitnah adalah sikap kita sendiri yg bodoh sombong...(terus cue bunyi iklan "XFM - perihatin!", hehehehe).

Lagi satu pengajarannya? Vote2 la selalu.... ehehehehe!

Salam sayang dari we all,
-aidil-

23 comments:

  1. aidil, lagu lu tetap dihatiku sejak gua beli Turning Melancholy To Magic lu dulu :p

    ReplyDelete
  2. Alaaa u ni Elly, buat i blushing je... hehehehe

    ReplyDelete
  3. biarkan jea malaun malaun skema kt myspace tuh
    mmg dh bosan kot
    diorang tahu nak kutuk Couple jea
    sedangkan dorang gig pun tak pernah pergi

    GO GO COUPLE !
    hope korang buleh perform kt AJL this year !

    XOXO
    :D

    ReplyDelete
  4. AKU SOKONG COUPLE SEJAK AKU FORM1 LAGI...
    GO COUPLE!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. tahniah3..
    proud to b ur fans~~~

    ReplyDelete
  6. i selalu gak vote !!! love you lahhh !!!

    ReplyDelete
  7. aku suke gile lagu ni...radio pon best!! wei dtg UKM bley x?? korang mesti dh mahal gle skang kan?? sbb dh top gle ni!!

    ReplyDelete
  8. Thanks korang sebab sudi dan rajin vote! Syg u all! Hehehe

    Zulfadzli: Mana ada mahal gila la beb, try la contact dulu. Budak2 UM tahun ni je dah 3 kali panggil, UITM pun ada next week. Haaa UKM bila lagi?

    ReplyDelete
  9. Congrats Couple! Korang mmg rock! I suka dgn penyanyi u tu. Ensem lah! Jgn kerek dgn ye. Kalau sempat I datang petang karang tau. muuaahh!

    ReplyDelete
  10. zulfadzli; npe tggu agi? cpt a book.. hihi..

    wah. congratz uolls. mmg x rugi ajak korang ke UM. (jemput2 la dtg ke UM agi. kte lepak2) weee~ tp syg la ritu x main Lagu Cinta Untukmu. Siyes syok. It's one of my fav tracks now. xD

    ReplyDelete
  11. ZaF: Sabtu ni, 6th February, kitorang dtg UM lagi beb, kat Gazebo Perdana Siswa. Kitorang main dlm pukul 5pm mcm tu. FREE show beb, jom ah ajak geng ramai2 dtg kasi pecahhh!

    ReplyDelete
  12. couple di muzik-muzik?

    aku sedang tunggu itu.

    *siapa online tu?

    hahahha...

    selamat maju jaya couple!!!

    ReplyDelete
  13. Aq doakan lgu korang masuk Muzik2....

    ko kalahkan lgua aizat lahanat tu.....

    ReplyDelete
  14. elo..serius korg xsumbong kot!!!
    mse g google fest penang dlu ok je...
    tgkp2 gmbr2 lg...
    ktorg siap gne digitl cmera..3 cmera hpon..gilr2...korg xde lak kate xnk an tgkp gmbr byk kali...thnx ya!

    ReplyDelete
  15. tahniah....sorry first time n tak pernah dengar lagi lagu yang dimaksudkan..boleh upload?

    ReplyDelete
  16. aq suka lgu goyang agak best sgt ...
    couple boleh

    ReplyDelete
  17. yes !
    ternyata pop korang lazat .
    salute woi !

    ReplyDelete
  18. budak2 skrng mmg tak boleh blah aidil.
    tak pergi gig tak apa lagi.
    ini cd pun tak beli mcm mana kan?
    haha.
    aidil kau cerita dalam rottw kau ada sikit influence drpd punk movement.
    apa kata kau buat lagu yg liriknya tentang apa yg berlaku di sekelilingnya.
    cth mudah aku bg mcm skinhead selamanya by a.c.a.b,kelibat korupsi by obs,ataupun most of dum dum tak songs.
    sebab couple punya audiens banyak.
    kalau kau org selit sikit2 aku rasa tak adahal.
    amacam allright tak?
    kau jgn kutuk aku plak dkt blog kau andai kata aku tersilap info ke apa kau dah buat before ini ke.
    kang tak pasal2 1Malaysia f*ck aku nnti.
    hahaha.
    btw.
    aku amatlah selalu jumpa kau aidil.
    gig untuk gaza dkt mcpa tahun lepas.rockaway.rock the world.
    tapi nk tegur.
    tak tahu nk borak apa dgn kau.
    sekali tgk kau punya artikel pasal isu nama Allah tuh.
    fuh.
    :D.

    ReplyDelete
  19. Mat Kutuk: Ada la dah lagu2 kitorang mcm tu, cuba ko dgr album baru kitorang, ada lagu Mencari Malaysia dgn Semua Tak Boleh. Tapi of course la lagu2 tu takde la dapat liputan meluas sgt pun, mainstream media akan buat tak tau, dan indie media lepas pandang je (sebab org expect kitorang ni ada satu mood je, happy dan cinta, hehhe)

    ReplyDelete