Sunday, January 10, 2010

Kenapa kita jangan tertipu pasal isu 'Allah' sekarang ni

Hey kawan-kawan!

Biasanya i tulis dalam bahasa omputih je, sebab nak kasi can kat mat saleh untuk follow story kitorang gak, tapi kali ni, i nak tulis dalam bahasa Melayu (dulu org panggil bahasa Malaysia, tapi untuk mengekalkan kuasa Melayu, kerajaan kita perlahan2 panggil bahasa Melayu, dan lama2 kita pun terbiasa dgr org panggil bahasa Melayu je, so i pun panggil bahasa Melayu la jugak, nak ikut seruan kerajaan), sebab nak kasi can kat org Malaysia utk betul2 faham pasal isu yg sgt hangat diperkatakan sekrg, ala2 goreng pisang panas sedap yg kat Shah Alam tu - isu penggunaan perkataan "Allah" oleh org2 Kristian kat Malaysia ni.

Sebelum kita mulakan perbincangan politik ala2 hardcore dan punk kita ni, meh sini i nak terangkan sikit latar belakang isu ni yg agak ramai di antara kita org Melayu yg panas baran dan suka mengamuk ni mungkin 'terlepas pandang' atau tak pernah tau atau baca sebelum ni, sebab kita ni suka baca headline kat depan Harian Metro je selalunya, seronok la u baca cerita2 panas ni. Kalau nak baca benda2 lain tu buat apa kan, takde guna pun. Meh sini i senaraikan sikit kasi terang lagi bersuluh, supaya takde yg terkeliru dan mudah lupa:

  1. Isu penggunaan "Allah" ni hanya baru2 ni je dijadikan isu apabila Kementerian Dalam Negeri kita, PADA TAHUN 2009 mengeluarkan arahan supaya suratkhabar The Daily Herald dilarang menggunakan perkataan "Allah" dlm keluaran suratkhabar tu yg berbahasa Melayu. Ingat baik2 tu, TAHUN 2009 baru depa nak buat isu. (NOTE: I baru saja dihalakan kepada beberapa blog yg mengandungi maklumat atau spekulasi bahawa sejak tahun 90-an lagi sudah ada percubaan utk menghalang penggunaan perkataan "Allah" oleh org Kristian di Malaysia ni - okay lah, kalau betul pun ada, hakikatnya percubaan ni masih lagi sangat baru, sila baca perenggan-perenggan di bawah untuk memahami kenapa i cakap 'baru'.)
  2. Rakan 1Malaysia kita di Sabah & Sarawak (yg majoritinya walaupun Bumiputra, tapi adalah beragama Kristian) dah beratus tahun menggunakan bahasa Melayu masa diorang semayang kat dalam gereja diorang, atau masa paderi2 diorang bagi khutbah. Bukan mulai tahun 2009 ya, dah beratus tahun dah.
  3. Kitab Injil aka Bible telah dialih bahasa kepada beratus2 bahasa sejak beratus tahun yg dahulu - dlm bahasa Melayu pun dah lama ada, dlm bahasa Arab pun ada (takde pulak i dgr org Islam kat dunia Arab sana bising mcm kita kat Malaysia ni - pelik kan, sebelum ni kita kat sini sibuk sgt nak tiru org Islam Arab, tiba2 bila sampai hal ni tak mau pulak tiru).
  4. Mengikut pembacaan i, salah satu sebab mengapa perkataan Allah dipilih sebagai terjemahan kepada God semasa sesi menterjemah Bible ke dlm bahasa Melayu beratus tahun yg dahulu adalah, kalau di dlm Bible selalu ada frasa ni - "Lord God". Sebab kena ingat, pada diorang Nabi Isa aka Jesus, walaupun adalah "Son of God" juga adalah "God", jadi perlu dibezakan antara Jesus sebagai God dengan bapaknya yaitu God (jadilah frasa yg i cakap tadi - Lord God). Jadi, telah diputuskan beratus tahun dahulu utk menterjemahkan Lord God kepada Tuhan Allah. Kalau Tuhan Tuhan, atau Lord Tuhan, atau Tuan Tuhan atau Dato' Tuhan atau Tan Sri Tuhan bunyinya tak sedap dan macam kelakar la pulak kot, hehe. Sama ada korang setuju atau tak dgn konsep Holy Trinity ni tak patut dijadikan isu, sebab itu hak diorang nak percaya apa yg diorang nak percaya, kalau korang nak tunjuk alim, gi dakwah dgn diorang, jgn sibuk nak bakar gereja dan maki2 org Kristian, nabi Muhammad kena baling batu sampai berdarah pun masih bersabar dan berdakwah dgn tenang, walaupun masa tu malaikat dah tanya sama ada nak mintak diturunkan bala atau tak kepada org2 yg baling batu tu.
  5. Persekutuan Tanah Melayu, semasa sibuk nak mengajak Sabah & Sarawak utk join kita dan menjadi 1Malaysia pada tahun 1963 tak pernah langsung menjadikan benda ni isu, walaupun pada masa tu rakan2 1Malaysia kita kat sana dah lama dah guna frasa Tuhan Allah tu.
Okay, sekarang i dah cerita sikit latar belakang benda ni, jadi bolehlah kita berdiskusi dgn ada sedikit ilmu di dada, so nanti bila nak tepuk dada dan tanya selera tu, takdelah semput lak. Kepada org yg dah ada baca artikel i kat The Malaysian Insider pasal isu ni, sorry la kalau i ulang sikit artikel tu lepas ni, k.

Mengikut pemerhatian i, org2 yg menentang penggunaan 'Allah' oleh org Kristian ni niatnya baik, depa nak melindungi org Islam, takut akidah terpesong, cuma pada pendapat i yg takdelah seterer mana ni, sebab musabab dan hujahan yg diorang pakai adalah sgt tak logik, dan lebih bersifat emosional dan agak kurang rasional, maybe kena dgr lagu Rasional Emosional selalu, hehehe.

Untuk dipendekkan cerita dan lebih jelas, meh sini i rumuskan hujahan2 utama diorang:

  1. Depa takut nanti org Islam di Malaysia ni 'terkeliru' bila dgr penggunaan 'Allah' oleh org Kristian.
  2. Bila dah terkeliru, nanti mestilah senang nak terpesong akidah
  3. Kesucian nama 'Allah' patut dijaga, sebab Allah tu Tuhan Yg Esa dan Satu, kalau org Kristian guna, konsep tuhan yg Satu tak terpakai utk depa sebab depa punya konsep adalah Holy Trinity.
Baiklah kawan-kawan, sekrg ni i nak terangkan pulak kenapa hujahan2 depa ni tak berapa nak logik sgt:
  • I rasa sebenarnya takde apa yg nak dikelirukan pun, sebab kalau la mcm tu, kat Sabah & Sarawak tu dah takde la org Islam yg tinggal dah, semua pun dah keliru dan convert masuk Kristian sebab hari2 dgr perkataan 'Allah' digunakan oleh org Kristian, tapi takde pulak jadi mcm tu kan?
  • Org Islam kat Malaysia ni belajar Agama Islam 11 tahun beb kat sekolah, takkan la kita ni bongok dan moron sangat sampai tak tahu perbezaan konsep Tuhan dlm agama kita dgn agama2 yg lain?
  • Org Kristian gunakan perkataan 'Allah' tu kat tempat2 yg kita org Islam tak hingin nak pergi pun - kat gereja masa depa semayang, kat dlm suratkhabar/majalah Kristian dan benda2 mcm tu - apa ke jadahnya kita nak buat ke gereja ataupun baca suratkhabar/majalah Kristian kan? Ke sebenarnya org2 yg tak nak bagi penggunaan perkataan 'Allah' ni suka gi ke church dan baca suratkhabar Kristian, jadi diorang takut lak nanti iman dia tergugat eh? Ataupun anak2 atau saudara mara depa suka gi church dengar khutbah? I agak2 je la situasinya mcm tu, sebab kalau i sendiri la, kalau la terjumpa suratkhabar Kristian, i tak ambik pun nak baca, atau kalau terdengar paderi bagi khutbah, mesti i cuba blank out kan otak i tak nak dengar, maklumlah takut nanti tergugat iman, hehehe.
  • Secara ringkasnya, penggunaan perkataan 'Allah' oleh diorang tu sebenarnya takkan sampai pun ke telinga atau mata kita, unless kita sendiri cari lah, dan kalau kita sendiri yang cari, jangan sibuk nak salahkan org lain, betul tak?
  • Penggunaan perkataan 'Allah' oleh rakan2 1Malaysia Kristian kita tu langsung takde bersifat menghina pun. Depa cuma guna dlm konteks Lord God mcm i cakap sebelum ni, takde pun depa guna frasa mcm Jesus Allah ataupun Roh Kudus Allah, ataupun Maryam Ibu Tuhan Allah ke. Depa cuma guna utk Tuhan Allah je. Jadi sebenarnya, perkataan 'Allah' tu tetap Satu je walaupun dlm konsep Holy Trinity diorang.
  • (NOTE: Ada org komen kat Facebook kitorang mengatakan kalau dibenarkan org Kristian guna 'Allah' secara tak langsung kita mcm mengakui yg Allah tu boleh beranak etc (konsep Holy Trinity tu), jadi akidah kita dah terpesong mcm tu lah. Jawapan i senang je: Allah kita dan Allah depa langsung tak sama, so what's the problem? Alaaa macam kereta la kot, I ada kereta Kancil, u pun ada kereta Kancil, tapi kereta kita lain maaa, nama je sama. Loan bayar lain2, tambah ekzos besar bising pun lain, sport rim pun lain, letak speaker dentam-dentum pun lain, habis tu u nak marah i suruh tukar nama kereta i ke, jgn guna nama Kancil? Nanti i tukar nama jadi Move org kutuk lak, tak sedar diri pakai kereta local, perasan konon kereta import, hehehe. Pendek kata, benda yg senang buat apa la nak disusah-susahkan...)
Jadi kawan-kawan, marilah kita sama2 berfikir dgn lebih rasional pasal isu ni. Kurangkan emosional, walaupun lagu feveret u Rasional Emosional. Nak atau tak, kita berkongsi bumi Malaysia ni dgn org2 dan agama2 lain. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun, walaupun telah menjajah tanah Kristian, tak pernah membakar gereja apa lagi kacau kepercayaan org lain, malah dia siap membuat perjanjian dgn org Kristian utk melindungi dan tak nak mengacau gereja2 mereka. Itulah keindahan Islam beb, akhlak kita, keadilan, menghormati hak asasi manusia dan kesabaran yang patutnya kita jadikan contoh kepada org lain.

I tau, kita ni bukannya nabi, tapi itu tak bermakna kita diberi lesen untuk jadi setan dan samseng, betul tak u?

Kepada kaki2 bikin teori konspirasi, isu ni lagi la bikin dey all sakit kepala. Sebab apa? Sebab ada banyak lagi isu besar yg lebih menyakitkan hati dey all yg kita semua terlepas pandang sebab sibuk nak concentrate pasal isu 'Allah' ni (yg sebenarnya bukan isu pun) mcm:

  • Kehilangan 2 enjin jet yg bernilai ratusan juta ringgit yang sepatutnya berada di dalam jagaan kerajaan kita yg bijak bistari dan bertanggungjawab - siapa yg curi dan jadi kaya? Mungkin kita takkan tau sebab kita sibuk nak bakar church je sekrg, dah terlupa dah ratusan juta ringgit duit rakyat lesap begitu saja
  • Dulu bila org nak berdemonstrasi dlm kuil, kerajaan tak bagi, siap tembak gas pemedih mata ke dlm kuil, tapi bila org nak berdemonstrasi dlm masjid pasal isu Allah ni, boleh la pulak, tiba2 je kita semua ada hak untuk berdemonstrasi, dah jadi ala Amerika u, kuat demokrasi tiba2. Kenapa eh u? Kita kena pancing kot... maklumlah Melayu kan mudah panas dan mengamuk, lagi digalakkan utk panas, lagi senang boleh kita bergaduh sesama rakyat
  • Apa faedahnya kita gaduh? Sebab kalau kita rakyat bergaduh (kalau lagi teruk daripada 13 Mei 1969 lagi bagus), nanti boleh la kerajaan kita isytiharkan Darurat, jadi Parlimen pun akan dibubarkan, pilihanraya umum pun tak payah ada (yg bermakna kuasa kita utk lantik siapa yg memerintah pun hilang), jadi dapatlah depa memerintah sesuka hati dan pertahankan hak 'org Melayu' (depa kan Melayu, tapi Melayu yg dapat hak tu sedara mara depa la nanti, kita Melayu rakyat + org2 kecik ni biar cukup makan je dah la).
Haa, tapi yg atas ni teori2 konspirasi la. I tak tau la betul ke tak, tapi seronok gak fikir pasal ni, mcm boleh buat movie je, ala2 Hollywood u. Takkan depa je asyik nak buat political thriller, The Fast And The Furious kita dah tiru, esok lusa keluar la kot cerita konspirasi kat sini, karya terbaru Prof Madya ke, Ahmad Idham ke, Syamsul Yusof ke, terbitan David Teo ke. Mesti best kalau buat kan? Tapi kalau buat kena ban la kot, Rempit V3 khabarnya dah kena ban, apa lagi cerita konspirasi mcm ni. Tapi hari tu Jalang lepas pulak kan? Oh, lupa lak i, kita kat sini suka seks, pura2 tak suka je in public. Hehehe.

Tapi kesimpulannya u, konspirasi ataupun tak, kita sebagai umat Islam janganlah biarkan org lain memandang rendah Iman dan otak kita. Kita ni bukannya budak2 lagi, kita ada Iman dan akal kita sendiri, takyah la sibuk diorang nak jagakan utk kita. Janganlah kita terlalai, cepat sangat panas baran dan bertindak melulu sampai nanti nasi pun jadi bubur, kalau gaduh2 ni u ingat org luar nak dtg melawat negara kita ke? Kalau takde org luar dtg melawat atau melabur, u ingat bisnes2 kat sini boleh hidup ke? U ingat boss u atau boss parents u tu print duit sendiri kat ofis ke? Kalau bisnes tak jalan nanti u dgn i jugak yg susah. U takde duit nak beli CD dgn datang gig, i lak takde duit la nak buit CD baru atau buat gig. Tak best la pulak kalau mcm tu kan u?

Pendek kata, bukalah mata, bukalah minda, jangan jadi moron, semoga Allah berkati kita semua. Amin...

-aidil-

P/S: Oleh sebab i ni mat rock, maybe u tak ambil pusing sangat apa pendapat i pasal ni, so apa kata u all baca apa Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti negeri Perlis yg famous tu) tulis pasal isu ni kat sini:

http://drmaza.com/home/?p=566#more-566

Dan lagi satu ni nama dia Al-Bakistani, tak tau la ustaz ke tak, tapi yg i tau dia takdelah sefamous Dr Mohd Asri tu, tapi syok gak tgk dalil2 dia cerita:

http://g-82.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-allah-for-all.html

I rasa, lepas baca semua ni, bila u tepuk dada nak tanya selera tu, takde la tersedak atau terbatuk kot, at least ada la berisi sikit, dan takde la kita akan keluarkan statement2 yg kosong dan moron yg takde usul periksa, betul tak?





29 comments:

  1. bagus pndangan anda tntang isu ni.. saya p0n xtau nak kata ape. cume sy nk korang view pandangan orang yg sy rasa lebih arif tntang bnd ni. Plz go satuhala.blogspot.com

    I hope u can read all about 'isu nama allah'.

    LOVE UR SONG DUDE ! LOVE IT SO MUCH MAN ! ICE COLD !!

    ReplyDelete
  2. cool!
    saya suka cara berfikiran yang rasional sebegini.
    seharusnya penggunaan frasa 'ALLAH' itu bukan satu isu.
    kerna fitrahnya Allah itu memang satu..dan ia terus kekal dalam akidah kita sebagai muslim.

    Jadi tak perlu nak bakar atau bom gereja..
    Kita sendiri solat 5 waktu pun tak cukup lagi sebuk nk bakar gereja..

    Buat pahala dulu..Jangan sebuk nak tambah dosa dan permusuhan.

    Great Aidil!
    God Bless COUPLE!

    cheers!
    ~ijoy~

    ReplyDelete
  3. terbaik la couple!!!
    rock tetap rock...but still keep update with current affairs...
    sngt bersetuju dgn pandangan anda
    isu ni xlebih dr sekdar isu politik sahaja

    jemput melawat blog saya
    ada artikel psl isu ni
    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Conspiracy Theory...
    hehehe...bangsa selain
    dari Kristian macam Agama
    Hindu,Buddha,Asli dan lain2
    di Semenanjung ni pun..kalau
    dia orang notice tuhan..diaorang
    akan cakap "Tuhan Allah" yg membawa
    maksud esa, yg satu...benda ni
    dah lama dah pun...kalu tak caya,
    hangpa tanya lah kaum2 lain tu esp
    yg senior2...hehehe....
    Think / Educate / Grind !!!

    ReplyDelete
  5. gud...opinion...
    sedap lagu korang..

    ReplyDelete
  6. bgi pendapat wa... knapa kes ini lambat baru nak wat rayuan?(tak seperti di perak dlm masa satu ari ja)Mana lebih penting? bagi panas dulu kot. Apsl mahkamah(ketua hakim) bagi org bukan muslim menjadi hakim? Ada yg nak jadi juara rakyat kot...

    ReplyDelete
  7. huahuahua
    aku stuju part cd ngan gigs tu

    ReplyDelete
  8. hal ni memang xpatot berlaku.lets settle it down properly an.kita an demokrasi.

    ReplyDelete
  9. haiz . xtau nk ckp cmne la kn . hujah tuh mmg betul . and sgt2 setuju psl hal bakar gereja tuh . mmg xpatut sbb kita kene hormat agama lain . tp psl pengunaan nama Allah tuh mmg kita patut jadikan isu tp xde laa sampai t'cetus darurat la plak kn . lgpun kita sbg islam perlu lindung nama Allah tuh . xboleh digunakan sesuka hati . kita blaja agama kat skola 11 tahun kan . kalau kita setuju atau m'biarkan perkara neyh ibarat kita membenarkan mereka samakan tuhan mereka dengan Allah sedangkan kita tahu tuhan yang mereka sembah berhala . n 1 more thing menentang penggunaan nama allah neyh merupakan hak org islam . kalau nak gantikan lord god dlm bhs melayu skali pun pasti de istilah @frasa yang sesuai dan pasti nya bukan tan sri @ dato .


    rasional emosional mmg lagu feveret . n couple my fav badn . tapi bukan la nak m'betul kan atau berdebat atau menjadi lebih emosional . tapi ini sebagai pendapat . kalo ley trima kita jadikan renungan . kalo tak bole kita cari jawapan yang lebih benar dan adil .

    adios

    ReplyDelete
  10. Kepada cik Nur Amelia dan Chrono Hunterz di atas, i cadangkan u all baca pendapat Dr Mohd Asri pasal hal ni kat link ni:

    http://drmaza.com/home/?p=566#more-566

    Dia jauh lebih arif hal2 agama ni dari i, dan i setuju dgn pendapat dia bahawa ada beza antara "merebut nama Allah dan mempertahankan akidah". Apa yg terjadi kat Malaysia ni sekrg lebih kepada merebut nama Allah je sebenarnya...

    ReplyDelete
  11. rentak yang dimainkan jangan diikut bagi mereka yang waras.sengaja 'mereka' memperbesarkan isu ini supaya dapat berjuang demi mempertahankan kesucian nama Allah,hanya untuk menunjukkan bahawa 'mereka' itu sebenarnya wira bagi orang2 Islam dan Melayu.

    mungkin dalam masa beberapa hari isu ini akan selesai,dan di dada kebanyakan akhbar harian akan mengangkat 'mereka' sebagai wira Islam,hanya semata2 sebagai agenda untuk terus berkuasa di negara ini dan juga menutup pelbagai isu yang lebih besar seperti yang ditulis oleh saudara aidil.

    |power to the people!|

    ReplyDelete
  12. setuju..

    boleh tengok sini untuk dalil n hujah yg lagi jelas..

    http://g-82.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-allah-for-all.html

    http://g-82.blogspot.com/2010/01/mereka-ada-agenda.html

    ReplyDelete
  13. Nor Amelia Farina: dalam Quran tak pernah sebut pun Allah tu hak orang Islam dan tak boleh digunakan oleh orang kafir.

    Encik Aidil, Ye, kita belajar agama 11 tahun di sekolah. Tapi apa yang saya pasti subjek agama dekat sekolah-sekolah 1malaysia ni cumalah subjek tangkap muat. Subjek cukup syarat. Dapat C pun boleh masuk Universiti.

    Budak2 sekolah lagi pening dengan subjek sains dan matematik tambahan dari subjek agama.

    11 tahun belajar agama? tak cukup kot. Sebab tu ramai orang kita agak bebal bila datang bab agama. Cepat goyang bila isu mengelirukan macam ni timbul.

    Just my 2 cents.

    ReplyDelete
  14. "Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya," Al-Baqarah ayat 139

    p/s : bukak la lagi option id utk komen. utk blogger yang pakai hosting sendirik.

    ReplyDelete
  15. well written!
    susah nak baca bm (sorry last time aku guna bm was 11-12 years ago! lol) but i managed to, anyway hehe.

    i totally agree with you, i wish more young muslims would speak out against this ridiculous fiasco.

    ReplyDelete
  16. hebat lah aidil!
    macam ni terbuka minda budak2 yg bca ni
    tkdelah mereka fanatik tak tentu hala pasal isu ni kan
    :)

    ReplyDelete
  17. betul2.

    i penah lepak bilik member yg sgt alim kristian, n terpandang banyak handmade card dia yg berunsurkan kristian. byk perkataan Allah dlm kad tu, then i tanya kenapa?she explained why. then ok, i fhm.

    betul ckp u n dia, kita-kita, dorang-dorang. konsep kita, konsep dia. yg penting pendirian kita dlm beragama, atas ape yg kita percaye, dan yg lbh penting, amalkan.

    bkn duk demonstrasi. (ntah2 yg demo tu bkn fhm isu sebenar pun, silap2 solat puasa pun takcukup).

    ReplyDelete
  18. Mcm baca Written Submission plak but gud one, Aidil. Ni bkn sebarangan punya Mat Rock tau, ini legal expert. I suka the way u rephrased isu sensitif dgn bahasa yg lebih mudah difahami. Its ok to be Emotional tapi kena Rasional! Kita sesama Islam sibuk nk tunjuk kuasa, org lain bertepuk tangan gelakkan org kita. Dalam Mencari Malaysia, sepatutnya kita kena Mencari Konklusi isu ini, bknnya mengeruhkan Situasi!

    ReplyDelete
  19. Mas: Kita memang patut Mencari Konklusi isu ni, bukannya mengeruhkan Situasi. Tapi yang penting, jgn kita dikaburi Mirage oleh pihak2 tertentu, dan hati-hati bila terfikir nak Tunjuk Perasaan... ahahaha!

    ReplyDelete
  20. Hebat... jangan lah merendahkan diri sebagai Mat Rock... ; )

    Rock pun boleh berdakwah aperrrr....

    I think you make one of the most sense in the matter!!!!

    Hidup Aidil & Couple!!!

    ReplyDelete
  21. nice post. =) jammx4dagreatmusic.

    ReplyDelete
  22. Melayu ada masalah keyakinan diri.

    Dari segala protes dan vandalisme yang dilakukan, nampak sangat bahawa keimanan terletak pada istilah yang digunakan untuk merujuk Tuhan, bukan keyakinan terhadap Tuhan itu sendiri.

    Macam mana nak masuk Syurga?

    Haha!

    ReplyDelete
  23. Ohmigod. Tergelak aku baca dowh! Seyes, sgt informatif tapi sgt lawak ok!

    Ape pun, prejudis adalah masalah sebenar kita sekarang. Nak guna nama Allah, dikata mahu mengkonfiuskan anak2 Muslim. Bakar church jek, Islam diyakini terrorist.

    PREJUDICE and IGNORANCE bai!

    Ape pun, isu ni ada pros and cons. Although I think it's not wrong, I choose to be on the fence and eat my popcorn while the lads down there throw C4s at each other.

    Who wants to join me for some popcorn? Terbaeekk dari ladang!

    ReplyDelete
  24. owhh,,,kalu camtuhh,,,kne lahh kuatkan iman cam nabi muhammad gakk,,,,

    ReplyDelete
  25. hmmm,,,can i ask couple somethin???please answer okayh,,,


    hmmm,,,,,





    y,,,,


    most of couple's songs heards ALIKE??version????


    no other

    ReplyDelete
  26. ingat bab akidah bukan boleh guna rasional akal sahaja..

    ReplyDelete
  27. Azreen: Sebab tu la i letak link kpd post oleh Dr Mohd Asri dan Al-Bakistani tu, kalau nak tgk dalil2, gi baca kat sana...

    ReplyDelete
  28. aku respek korang.disamping dengan muzik korang tahu pasal ni.

    ReplyDelete