Wednesday, February 10, 2010

Menangi tiket FREE ke gig Efek Rumah Kaca + FREE CD Pop Tak Masuk Radio

Hey kawan-kawan!

Firstly, kitorang nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada geng2 yg tolong vote utk Lagu Cinta Untukmu kat Carta Negara XFM tu, sampai akhirnya dapat gak no. 1. Vote lagi la nanti kalau rajin, vote kat sini:

KLIK DI SINI UNTUK VOTE

1. Masuk FREE dgn kitorang ke gig Efek Rumah Kaca

Okay, sekrg ni terus kita ke peraduan masuk free ke gig Efek Rumah Kaca Live In Kuala Lumpur (kitorang main jugak) yg akan berlangsung pada 27 Februari 2010 ni di One Cafe, Kuala Lumpur yg akan bermula jam 3pm (tiket pre-sale RM25, dan kat pintu RM35).

Apa yg perlu korang buat utk masuk FREE dgn kitorang ke gig ni? Senang saja. Pada 25 Februari 2010 ni (hari Khamis) kitorang akan perform live kat rakaman Muzik Muzik utk pencalonan Lagu Cinta Untukmu. Rakaman dibuat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, masuk adalah FREE, dan sila sampai before 7pm utk dtg tgk. Jadi semestinya lagi best kalau ramai geng2 yg dtg pada hari tu utk memberi sokongan moral. So apa yg korang perlu buat senang je:

TWITTER:
Kalau korang ada akaun twitter, silalah add kitorang (twitter.com/wearecouple) dan tweet banyak2 lah pasal show Muzik Muzik ni. Jgn lupa mention kitorang dlm tweets korang tu (supaya kitorang boleh nampak, kalau tak nanti tak tau lak korang ada tweet pasal kitorang).

MYSPACE:
Bgtau la kawan2 korang kat Myspace pasal show Muzik Muzik tu melalui 2 cara:
- status updates
- bulletin

FACEBOOK:
Bgtau la kawan2 korang kat Facebook pasal show Muzik Muzik tu melalui status updates (kalau korang link Facebook dgn Twitter lagi cunz).

Mulai hari ni kitorang akan selalu usha2 laman2 web seperti yg disebut di atas utk memilih seorang pemenang yg bertuah itu, jadi rajin2 dan selalu2 lah mempromote show kitorang kat Muzik Muzik tu untuk menambahkan lagi peluang utk memenangi tiket ke gig Efek Rumah Kaca yg agak mahal tu. Haaa apa tunggu lagi? Mari kita spammmm

2. Dapatkan CD Pop Tak Masuk Radio secara FREE + Aidil belanja minum di gig Efek Rumah Kaca nanti

Untuk mendapatkan hadiah yg tak berapa berharga ni pulak, senang je. Anda perlu buat ini saja:

- datang ke rakaman Muzik Muzik kitorang tu pada 25 Februari 2010 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Masuk FREE dan dtg before 7pm.
- ambik gambar kitorang masa tgh perform kat situ ataupun dgn kitorang lepas show tu nanti
- tag gambar tu kat Myspace, atau letak je sebagai comment kat Myspace, atau uploadkan sebagai Fan Photos kat Facebook kitorang (facebook.com/wearecouple)

Seorang pemenang bertuah akan dipilih pada hari Jumaat mlm (26 Februari 2010) dan akan terus dicontact melalui Myspace/Facebook, so jgn lupa check mailbox korang nanti okay.

Selamat berjuang okay geng!

Hugs & kisses,
-couple-