Friday, January 29, 2010

Number 1!

Pagi ni mcm kebanyakan pagi yg lain i akan bukak Myspace, Facebook dan blog Couple utk check kalau ada apa2 berita menarik - mana la tau dapat masuk Rolling Stone lagi ke, atau dapat masuk cerita omputih mcm Humanzee lagi ke... hehe. Bila i bukak Facebook kitorang, i nampak Shahrin tulis komen "Da num 1! Da skang". Nasib baik la i faham bahasa2 singkat anak muda masa kini, kalau org2 tua lain mesti tak faham dah, dan tergaru2 kepala dan dagu semua utk cuba memahami bahasa singkat masa kini.

Kemudian, bila i check kat page Carta Negara XFM terus i terkezut, rupa-rupanya betul la lagu kitorang yg bertajuk "Lagu Cinta Untukmu" tu dah naik ke No. 1 dah. Mcm tak percaya je rasanya mula2 u. Maklumlah, lagu2 we all kan jarang masuk radio ni (sebab tu la tajuk album Pop Tak Masuk Radio), tapi apa2 pun i nak ucapkan terima kasih dan tahniah la kpd XFM, kerana mempunyai biji telur yg besar dan berani utk memasang lagu2 kitorang yg perasan ganazz ni.

Tapi i paling nak berterima kasih kepada pendengar2 dan penyokong2 kitorang (you all lah tu) yg sudi meluangkan masa utk mengundi kitorang sampailah tersampai jugak ke tangga pertama kat Carta Negara XFM tu. Terima kasih sangat2 tau u. Harap2 u all teruslah rajin mengundi biar tersangkut lama2 kat No. 1 lagu tu, biar stesyen lain tertanya2 lak - "Ni band haprak mana lak yg No. 1 lama sangat kat XFM ni? Ingat XFM je ke boleh main lagu band haprak ni, i pun boleh main jugak tau!"

Haaa kalau banyak stesyen radio yg main lagu tu, dan masuk carta gak ke kat stesyen2 lain, barulah ada chance sikit nak masuk Muzik Muzik mcm kengkawan kitorang. I pun teringin gak u, nak perform ada ramai penari2 atas stage ke, nak main bunga api atas stage ke, letup2 sana sini, mcm2 boleh buat tau, silap2 i ajak u allz je naik pentas sama2 kasi pecah, hehe.

Pokoknya dong, i harap u allz akan terus sudi mengundi utk kitorang yg tak seberapa ni (Masrin je yg hensem kot, dan Shahrin maybe cute). Kalau u nak request lagu kitorang kat stesyen2 radio lain lagi la bagus, kasi depa curious - "Apa ke jadahnya band yg budak2 ni asyik mintak lagunya ni?"

Sebagai penutup, sekali lagi i mengucapkan selambak terima kasih kpd u all semua, dan kalau nak undi lagi, jom lah klik di bawah ni:

KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI

Oh ya, i perasan semenjak dua menjak ni, ada je la mamat2 yg tiba2 nak fuck kitorang, kata kitorang tak layan org (biasanya diorang ni akan komen kat status kitorang). I rasa org2 ni semua tak pernah jumpa kitorang pun kot, sebab i rasa kitorang langsung tak pernah tak layan org kat gig ke, atau bila terserempak masa jalan2 ke. Kalau org tegur je, mesti kitorang layan. Kalau nak marah kata kitorang sombong in that way, i rasa ni semua memang fitnah dan busuk hati je. Kalau u tak caya, u try lah tegur kitorang nanti okay, confirm i takkan layan u, i buat2 pekak je nanti (mengikut kata pendengki2 tu lah, ahahha).

Tapi i rasa, kalau nak marah sebab kitorang tak balas komen kat Myspace tu maybe agak melampau dan bongok lah kot, sebab kalau soalan2 tak bermanfaat mcm - "Siapa 0n9 tu?", "Wei bila next gig korang ah?", "Hoi mcm mana nak beli CD korang?" - ni semua soalan2 yg jawapannya boleh dilihat terang lagi bersuluh kalau org yg bertanya tu baca profile kitorang tu, so memang kitorang tak balas lah sebab masa tu boleh digunakan utk banyak lagi benda yg bermanfaat. Susah payah i mengarang dan menulis info2 tu supaya senang semua org boleh terus baca, tapi sebab ada si polan ni malas nak baca tiba2 nak fuck org lak kononnya sombong. Memang otak geliga sungguh golongan2 mcm ni...

Okaylah, siapa 0n9 tu takdelah tertulis, tapi i rasa takde manfaat apa2 pun kalau tau siapa yg on9 kan, sebab kalau nak tanya soalan kat kitorang directly kan i dah letak kat Top Friends tu page kitorang yg personal, so gi la tanya kat sana je, betul tak?

Haaa pengajarannya? Tak baik memfitnah org ni, lagi teruk dari makan bangkai tau. Dan lagi sedih kalau sebab nak menyebarkan fitnah adalah sikap kita sendiri yg bodoh sombong...(terus cue bunyi iklan "XFM - perihatin!", hehehehe).

Lagi satu pengajarannya? Vote2 la selalu.... ehehehehe!

Salam sayang dari we all,
-aidil-

Sunday, January 10, 2010

Kenapa kita jangan tertipu pasal isu 'Allah' sekarang ni

Hey kawan-kawan!

Biasanya i tulis dalam bahasa omputih je, sebab nak kasi can kat mat saleh untuk follow story kitorang gak, tapi kali ni, i nak tulis dalam bahasa Melayu (dulu org panggil bahasa Malaysia, tapi untuk mengekalkan kuasa Melayu, kerajaan kita perlahan2 panggil bahasa Melayu, dan lama2 kita pun terbiasa dgr org panggil bahasa Melayu je, so i pun panggil bahasa Melayu la jugak, nak ikut seruan kerajaan), sebab nak kasi can kat org Malaysia utk betul2 faham pasal isu yg sgt hangat diperkatakan sekrg, ala2 goreng pisang panas sedap yg kat Shah Alam tu - isu penggunaan perkataan "Allah" oleh org2 Kristian kat Malaysia ni.

Sebelum kita mulakan perbincangan politik ala2 hardcore dan punk kita ni, meh sini i nak terangkan sikit latar belakang isu ni yg agak ramai di antara kita org Melayu yg panas baran dan suka mengamuk ni mungkin 'terlepas pandang' atau tak pernah tau atau baca sebelum ni, sebab kita ni suka baca headline kat depan Harian Metro je selalunya, seronok la u baca cerita2 panas ni. Kalau nak baca benda2 lain tu buat apa kan, takde guna pun. Meh sini i senaraikan sikit kasi terang lagi bersuluh, supaya takde yg terkeliru dan mudah lupa:

  1. Isu penggunaan "Allah" ni hanya baru2 ni je dijadikan isu apabila Kementerian Dalam Negeri kita, PADA TAHUN 2009 mengeluarkan arahan supaya suratkhabar The Daily Herald dilarang menggunakan perkataan "Allah" dlm keluaran suratkhabar tu yg berbahasa Melayu. Ingat baik2 tu, TAHUN 2009 baru depa nak buat isu. (NOTE: I baru saja dihalakan kepada beberapa blog yg mengandungi maklumat atau spekulasi bahawa sejak tahun 90-an lagi sudah ada percubaan utk menghalang penggunaan perkataan "Allah" oleh org Kristian di Malaysia ni - okay lah, kalau betul pun ada, hakikatnya percubaan ni masih lagi sangat baru, sila baca perenggan-perenggan di bawah untuk memahami kenapa i cakap 'baru'.)
  2. Rakan 1Malaysia kita di Sabah & Sarawak (yg majoritinya walaupun Bumiputra, tapi adalah beragama Kristian) dah beratus tahun menggunakan bahasa Melayu masa diorang semayang kat dalam gereja diorang, atau masa paderi2 diorang bagi khutbah. Bukan mulai tahun 2009 ya, dah beratus tahun dah.
  3. Kitab Injil aka Bible telah dialih bahasa kepada beratus2 bahasa sejak beratus tahun yg dahulu - dlm bahasa Melayu pun dah lama ada, dlm bahasa Arab pun ada (takde pulak i dgr org Islam kat dunia Arab sana bising mcm kita kat Malaysia ni - pelik kan, sebelum ni kita kat sini sibuk sgt nak tiru org Islam Arab, tiba2 bila sampai hal ni tak mau pulak tiru).
  4. Mengikut pembacaan i, salah satu sebab mengapa perkataan Allah dipilih sebagai terjemahan kepada God semasa sesi menterjemah Bible ke dlm bahasa Melayu beratus tahun yg dahulu adalah, kalau di dlm Bible selalu ada frasa ni - "Lord God". Sebab kena ingat, pada diorang Nabi Isa aka Jesus, walaupun adalah "Son of God" juga adalah "God", jadi perlu dibezakan antara Jesus sebagai God dengan bapaknya yaitu God (jadilah frasa yg i cakap tadi - Lord God). Jadi, telah diputuskan beratus tahun dahulu utk menterjemahkan Lord God kepada Tuhan Allah. Kalau Tuhan Tuhan, atau Lord Tuhan, atau Tuan Tuhan atau Dato' Tuhan atau Tan Sri Tuhan bunyinya tak sedap dan macam kelakar la pulak kot, hehe. Sama ada korang setuju atau tak dgn konsep Holy Trinity ni tak patut dijadikan isu, sebab itu hak diorang nak percaya apa yg diorang nak percaya, kalau korang nak tunjuk alim, gi dakwah dgn diorang, jgn sibuk nak bakar gereja dan maki2 org Kristian, nabi Muhammad kena baling batu sampai berdarah pun masih bersabar dan berdakwah dgn tenang, walaupun masa tu malaikat dah tanya sama ada nak mintak diturunkan bala atau tak kepada org2 yg baling batu tu.
  5. Persekutuan Tanah Melayu, semasa sibuk nak mengajak Sabah & Sarawak utk join kita dan menjadi 1Malaysia pada tahun 1963 tak pernah langsung menjadikan benda ni isu, walaupun pada masa tu rakan2 1Malaysia kita kat sana dah lama dah guna frasa Tuhan Allah tu.
Okay, sekarang i dah cerita sikit latar belakang benda ni, jadi bolehlah kita berdiskusi dgn ada sedikit ilmu di dada, so nanti bila nak tepuk dada dan tanya selera tu, takdelah semput lak. Kepada org yg dah ada baca artikel i kat The Malaysian Insider pasal isu ni, sorry la kalau i ulang sikit artikel tu lepas ni, k.

Mengikut pemerhatian i, org2 yg menentang penggunaan 'Allah' oleh org Kristian ni niatnya baik, depa nak melindungi org Islam, takut akidah terpesong, cuma pada pendapat i yg takdelah seterer mana ni, sebab musabab dan hujahan yg diorang pakai adalah sgt tak logik, dan lebih bersifat emosional dan agak kurang rasional, maybe kena dgr lagu Rasional Emosional selalu, hehehe.

Untuk dipendekkan cerita dan lebih jelas, meh sini i rumuskan hujahan2 utama diorang:

  1. Depa takut nanti org Islam di Malaysia ni 'terkeliru' bila dgr penggunaan 'Allah' oleh org Kristian.
  2. Bila dah terkeliru, nanti mestilah senang nak terpesong akidah
  3. Kesucian nama 'Allah' patut dijaga, sebab Allah tu Tuhan Yg Esa dan Satu, kalau org Kristian guna, konsep tuhan yg Satu tak terpakai utk depa sebab depa punya konsep adalah Holy Trinity.
Baiklah kawan-kawan, sekrg ni i nak terangkan pulak kenapa hujahan2 depa ni tak berapa nak logik sgt:
  • I rasa sebenarnya takde apa yg nak dikelirukan pun, sebab kalau la mcm tu, kat Sabah & Sarawak tu dah takde la org Islam yg tinggal dah, semua pun dah keliru dan convert masuk Kristian sebab hari2 dgr perkataan 'Allah' digunakan oleh org Kristian, tapi takde pulak jadi mcm tu kan?
  • Org Islam kat Malaysia ni belajar Agama Islam 11 tahun beb kat sekolah, takkan la kita ni bongok dan moron sangat sampai tak tahu perbezaan konsep Tuhan dlm agama kita dgn agama2 yg lain?
  • Org Kristian gunakan perkataan 'Allah' tu kat tempat2 yg kita org Islam tak hingin nak pergi pun - kat gereja masa depa semayang, kat dlm suratkhabar/majalah Kristian dan benda2 mcm tu - apa ke jadahnya kita nak buat ke gereja ataupun baca suratkhabar/majalah Kristian kan? Ke sebenarnya org2 yg tak nak bagi penggunaan perkataan 'Allah' ni suka gi ke church dan baca suratkhabar Kristian, jadi diorang takut lak nanti iman dia tergugat eh? Ataupun anak2 atau saudara mara depa suka gi church dengar khutbah? I agak2 je la situasinya mcm tu, sebab kalau i sendiri la, kalau la terjumpa suratkhabar Kristian, i tak ambik pun nak baca, atau kalau terdengar paderi bagi khutbah, mesti i cuba blank out kan otak i tak nak dengar, maklumlah takut nanti tergugat iman, hehehe.
  • Secara ringkasnya, penggunaan perkataan 'Allah' oleh diorang tu sebenarnya takkan sampai pun ke telinga atau mata kita, unless kita sendiri cari lah, dan kalau kita sendiri yang cari, jangan sibuk nak salahkan org lain, betul tak?
  • Penggunaan perkataan 'Allah' oleh rakan2 1Malaysia Kristian kita tu langsung takde bersifat menghina pun. Depa cuma guna dlm konteks Lord God mcm i cakap sebelum ni, takde pun depa guna frasa mcm Jesus Allah ataupun Roh Kudus Allah, ataupun Maryam Ibu Tuhan Allah ke. Depa cuma guna utk Tuhan Allah je. Jadi sebenarnya, perkataan 'Allah' tu tetap Satu je walaupun dlm konsep Holy Trinity diorang.
  • (NOTE: Ada org komen kat Facebook kitorang mengatakan kalau dibenarkan org Kristian guna 'Allah' secara tak langsung kita mcm mengakui yg Allah tu boleh beranak etc (konsep Holy Trinity tu), jadi akidah kita dah terpesong mcm tu lah. Jawapan i senang je: Allah kita dan Allah depa langsung tak sama, so what's the problem? Alaaa macam kereta la kot, I ada kereta Kancil, u pun ada kereta Kancil, tapi kereta kita lain maaa, nama je sama. Loan bayar lain2, tambah ekzos besar bising pun lain, sport rim pun lain, letak speaker dentam-dentum pun lain, habis tu u nak marah i suruh tukar nama kereta i ke, jgn guna nama Kancil? Nanti i tukar nama jadi Move org kutuk lak, tak sedar diri pakai kereta local, perasan konon kereta import, hehehe. Pendek kata, benda yg senang buat apa la nak disusah-susahkan...)
Jadi kawan-kawan, marilah kita sama2 berfikir dgn lebih rasional pasal isu ni. Kurangkan emosional, walaupun lagu feveret u Rasional Emosional. Nak atau tak, kita berkongsi bumi Malaysia ni dgn org2 dan agama2 lain. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun, walaupun telah menjajah tanah Kristian, tak pernah membakar gereja apa lagi kacau kepercayaan org lain, malah dia siap membuat perjanjian dgn org Kristian utk melindungi dan tak nak mengacau gereja2 mereka. Itulah keindahan Islam beb, akhlak kita, keadilan, menghormati hak asasi manusia dan kesabaran yang patutnya kita jadikan contoh kepada org lain.

I tau, kita ni bukannya nabi, tapi itu tak bermakna kita diberi lesen untuk jadi setan dan samseng, betul tak u?

Kepada kaki2 bikin teori konspirasi, isu ni lagi la bikin dey all sakit kepala. Sebab apa? Sebab ada banyak lagi isu besar yg lebih menyakitkan hati dey all yg kita semua terlepas pandang sebab sibuk nak concentrate pasal isu 'Allah' ni (yg sebenarnya bukan isu pun) mcm:

  • Kehilangan 2 enjin jet yg bernilai ratusan juta ringgit yang sepatutnya berada di dalam jagaan kerajaan kita yg bijak bistari dan bertanggungjawab - siapa yg curi dan jadi kaya? Mungkin kita takkan tau sebab kita sibuk nak bakar church je sekrg, dah terlupa dah ratusan juta ringgit duit rakyat lesap begitu saja
  • Dulu bila org nak berdemonstrasi dlm kuil, kerajaan tak bagi, siap tembak gas pemedih mata ke dlm kuil, tapi bila org nak berdemonstrasi dlm masjid pasal isu Allah ni, boleh la pulak, tiba2 je kita semua ada hak untuk berdemonstrasi, dah jadi ala Amerika u, kuat demokrasi tiba2. Kenapa eh u? Kita kena pancing kot... maklumlah Melayu kan mudah panas dan mengamuk, lagi digalakkan utk panas, lagi senang boleh kita bergaduh sesama rakyat
  • Apa faedahnya kita gaduh? Sebab kalau kita rakyat bergaduh (kalau lagi teruk daripada 13 Mei 1969 lagi bagus), nanti boleh la kerajaan kita isytiharkan Darurat, jadi Parlimen pun akan dibubarkan, pilihanraya umum pun tak payah ada (yg bermakna kuasa kita utk lantik siapa yg memerintah pun hilang), jadi dapatlah depa memerintah sesuka hati dan pertahankan hak 'org Melayu' (depa kan Melayu, tapi Melayu yg dapat hak tu sedara mara depa la nanti, kita Melayu rakyat + org2 kecik ni biar cukup makan je dah la).
Haa, tapi yg atas ni teori2 konspirasi la. I tak tau la betul ke tak, tapi seronok gak fikir pasal ni, mcm boleh buat movie je, ala2 Hollywood u. Takkan depa je asyik nak buat political thriller, The Fast And The Furious kita dah tiru, esok lusa keluar la kot cerita konspirasi kat sini, karya terbaru Prof Madya ke, Ahmad Idham ke, Syamsul Yusof ke, terbitan David Teo ke. Mesti best kalau buat kan? Tapi kalau buat kena ban la kot, Rempit V3 khabarnya dah kena ban, apa lagi cerita konspirasi mcm ni. Tapi hari tu Jalang lepas pulak kan? Oh, lupa lak i, kita kat sini suka seks, pura2 tak suka je in public. Hehehe.

Tapi kesimpulannya u, konspirasi ataupun tak, kita sebagai umat Islam janganlah biarkan org lain memandang rendah Iman dan otak kita. Kita ni bukannya budak2 lagi, kita ada Iman dan akal kita sendiri, takyah la sibuk diorang nak jagakan utk kita. Janganlah kita terlalai, cepat sangat panas baran dan bertindak melulu sampai nanti nasi pun jadi bubur, kalau gaduh2 ni u ingat org luar nak dtg melawat negara kita ke? Kalau takde org luar dtg melawat atau melabur, u ingat bisnes2 kat sini boleh hidup ke? U ingat boss u atau boss parents u tu print duit sendiri kat ofis ke? Kalau bisnes tak jalan nanti u dgn i jugak yg susah. U takde duit nak beli CD dgn datang gig, i lak takde duit la nak buit CD baru atau buat gig. Tak best la pulak kalau mcm tu kan u?

Pendek kata, bukalah mata, bukalah minda, jangan jadi moron, semoga Allah berkati kita semua. Amin...

-aidil-

P/S: Oleh sebab i ni mat rock, maybe u tak ambil pusing sangat apa pendapat i pasal ni, so apa kata u all baca apa Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti negeri Perlis yg famous tu) tulis pasal isu ni kat sini:

http://drmaza.com/home/?p=566#more-566

Dan lagi satu ni nama dia Al-Bakistani, tak tau la ustaz ke tak, tapi yg i tau dia takdelah sefamous Dr Mohd Asri tu, tapi syok gak tgk dalil2 dia cerita:

http://g-82.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-allah-for-all.html

I rasa, lepas baca semua ni, bila u tepuk dada nak tanya selera tu, takde la tersedak atau terbatuk kot, at least ada la berisi sikit, dan takde la kita akan keluarkan statement2 yg kosong dan moron yg takde usul periksa, betul tak?