Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Ramai Macam Tak Puas Hati Ana Raffali Menang AJL 25




Hi u allz,

2-3 hari ni i tengok mcm ramai sungguh org nak bagi pendapat 2 sen dey all pasal kemenangan Ana Raffali kat AJL 25 hari tu. Ada yg suka, ada yg tak suka, macam-macam ada! So, memandangkan i ni pun org Malaysia jugak, dan org Malaysia pun memang terkenal dgn sifat busybody, i pun nak kasi pendapat i jugak lah.

First of all, i rasa kemarahan org ramai tu bukannya kat Ana Raffali pun. Rasanya kemarahan tu lebih ditujukan kepada juri je. I mean, takkan u nak marah kat Ana Raffali kot? Dia dah la cantik, baik, wangi, pakai baju kurung (hmm, mcm calon isteri i je bunyinya tu, kekeke), mana ada kita nak marah kat gadis2 yg mcm tu. Lain la kalau dia dressing seksi2 ke, kantoi gambar bogel bersama mamat rempit muka pecah rumah ke, kena kantoi roadblock dalam keadaan mabuk ke (yg ni pun i nak berkenalan la jugak, hehehehe) baru lah org kita tak suka dan lekas nak marah.

Jadi kepada bakal isteri i cik Ana Raffali tu, i harap u jgn ambik hati la mendengar komplen2 org ramai tu ye syg. U memang tetap di hati dey all (di hati i lagi la tetap dan selalu). Keputusan tu je yg tak di hati dey all.

Haaa, sekrg dah sampai kepada topik yg hangat ni, keputusan juri tu yg diketuai oleh abg sifu kita yg puitis (yg juga merangkap pengarah filem hebat dan sgt puitis bertajuk Merah, yg dibintangi Awie dan juga seekor buaya yg mengerikan, hehehe) dan dianggotai oleh otai2 industri kita yg hampir kesemuanya adalah komposer ataupun penulis lirik.

Kita boleh lihat keputusan juri ni dari beberapa sudut sebenarnya. Pada i, memang logik pun keputusan yg depa buat, sebab lagu Tolong Ingatkan Aku tu punya melodi yang tak begitu nak lari dari style pop dan rock Melayu yg kita biasa dgr dari zaman kita kecik dulu. Kalau u tgk org2 yg jadi juri pada mlm tu, memang semuanya dtg dari zaman muzik yg mcm tu pun, jadi of course lah dey all akan buat keputusan yg mengikut taste dey all, betul tak? Cuba kalau u letak komposer2 dari band Silkhannaz, Cromok, FTG dan Braindead dlm juri tu, dan tiba2 ada lak lagu metal dlm final AJL, confirm la depa akan kasi lagu metal tu menang, betul tak?

I rasa yang jadi persoalannya sekrg, adakah wajar juri2 yg kita tau ada preference tertentu dipilih menjadi juri? Kalau dah tau sekrg ada macam2 style muzik dlm industri kita, ada banyak variasi, kenapa tak pilih juri yg mencerminkan variasi tu sikit? Mungkin susah la sikit, sebab asyik muka2 tu je yg akan dianggap otai dan terer dlm industri kita ni, tapi bak kata pepatah, kalau hendak seribu daya...

I rasa mungkin dah sampai masanya AJL sendiri cuba lari dari expectations biasa diorang. Dah cukup la kot expectation kita kalau masuk final AJL je, performance mesti ada gimik sikit, kalau takde gimik kononnya tak ambil serius la pertandingan tu. I tgk band2 legenda sepanjang zaman mcm The Beatles ke, Led Zep ke, The Rolling Stones ke, takde pun perlu kena ada gimik letak 5 juta org atas stage terhoyong hayang menari, ataupun kena buat magic trick terjun dlm air ala2 film The Prestige (nasib baik abg FT kita tak muncul dari crowd je lepas jatuh dlm air tu), ataupun pura2 mati dan hidup kembali dgn persalinan pakaian baru. Habis teruk pun depa bikin set sikit atas stage, and then depa perform.

Kalau legends mcm tu pun tak perlu gimik murahan, takkan la kita nak expect band2 muda mcm Hujan, Bunkface dgn Yuna utk perlu ada gimik jugak, then baru boleh consider sebagai 'serius' dlm industri. Falsafah depa lain dari falsafah biasa industri kita, tapi falsafah depa pun ada nilai jugak, jadi bila kita nak judge nilai kesenian diorang pun kita kena faham la sikit2 falsafah seni diorang.

I rasa masalahnya sekrg adalah macam kalau kita cuba nak nilai rasa cabai dgn menggunakan rasa tembikai sebagai kayu ukur, memang tak lah kan? So last2 jadi la mcm sekrg ni, bakal isteri i Ana Raffali tak pasal2 kena marah dan benci, padahal bukan salah dia pun. Siapa yg salah? Lu pikirlah sendiri. Yang penting, sayang i tu kenalah banyak bersabar je okay, nanti abg dtg pujuk, hehehehe

-aidil-

31 comments:

  1. aku setuju sgt dgn ko..amek juri yg sepesen...pastu lagu yg menang no 2 no 3 tu ntah pape...

    ReplyDelete
  2. ada jugak sayang sayang dia tu :p

    anyway, well said bro..

    ReplyDelete
  3. memang lagu tu bagus dari semua segi, tapi performance? aku rasa macam tak masuk sangat.

    ReplyDelete
  4. Ramai rakyat Malaysia berfikiran jika Melodi sesuatu lagu tu sedap dan dan gimik persembahan pun kaw2 punya ...maka lagu tu lah yg layak utk menang.

    Tapi tak ramai yg mampu berfikir dan meneliti (atau tak kisah) mesej dalam lirik sesuatu lagu tu antara faktor utama bagaimana pihak juri membuat pilihan lagu mana yg layak digelar juara.

    Jika dilihat balik senarai juara2 AJL sebelum ni .. lagu yg menjadi juara mempunyai mesej lirik yg unik dan tersendiri berbanding lagu2 lain. Sbg contoh lagu "Itu Kamu" oleh Estranged, melodi lagu tu biasa jer walaupun sedap dilayan, tapi macam mana lagu tu boleh jadi juara?

    Pada saya semua lagu yg bertanding adalah sedap didengar..pilihlah juri drpd aliran mana2 pun...dah tentu pihak penganjur @ TV3 dah bagi guideline kat diorang tentang cara pemarkahan dan pemilihan juara lagu.

    ReplyDelete
  5. Selamat bakal pengantin baru aidil+ana! hiks!

    ReplyDelete
  6. Asrul: Utk i lah, kalau i nak mesej, i tak payah dgr lagu, i pergi dgr ceramah je, atau pergi Pos Malaysia atau hantar SMS je, hehehe. Keperluan 'mesej' utk menaikkan nilai sesuatu karya seni pada i adalah satu kriteria yg tak perlu. Seni boleh dinilai tanpa mesej. Mesej tu adalah satu lagi klise dlm industri muzik kita.

    ReplyDelete
  7. Ajami: Makacih u, nanti kasi present best2 tau. I nak LCD TV yg besar! Hehehe

    ReplyDelete
  8. aidil : tak tau nak cakap camne lah..drpd apa yg saya nampak drpd setiap AJL.. rasanya tu lah antara trend camne diorang pilih juara lagu..

    saya pun bukan lah nak teliti mesej setiap lagu ..takde masa nak buat semua tu.. saya sendiri pun layan lagu berdasarkan melodi dia jer asalkan sedap didengar terutama lagu2 band post rock / instrumental band.

    ReplyDelete
  9. hmm..i rs ksenian muzik tu yg diambil kira.. pyyi juz mdium utk mympaikan lagu tu. lagu yg dijudge..bkn pyyi. lagu ana raffali ni unik.. lirik die pn brseni...bkn cm lagu skg yg lirikye xde seni lgsung..
    bkn nk kata diri ni klasik try drg lagu gurindam jiwa by abdullah chik.. lirik die sgt sdp n mndalam mksudye.. tu la keunikan muzil mlayu sbnrye.. cmpared ngn muzik luar..juz sdp ddgr tp x brseni..hoho

    ReplyDelete
  10. bagi saya, melodi yang paling utama. soal simplicity tak patut jadi kriteria utama. soal persembahan juga tak patut diambil kira. lagu yang kuat memang tetap kuat selagi tidak sumbang. berkenaan lirik, ada pengaruhnya juga sebab lirik yang tak baik akan mencacatkan melodi yang indah. soal ada mesej atau tak pun tidak begitu penting. lagu2 yang paling sedap di dunia banyak berkenaan perkara yang ringkas tetapi bermakna. ada lagu nak pujuk awek supaya bersabar sebab abang nak lumba kereta, ada lagu pasal awek tak terima kenyataan ex-bf dgn orang lain, ada lagu pasal bf cemburu dgn awek dia, ada lagu pasal surfing je :D

    ReplyDelete
  11. jadilah orang yang appreciate muzik dan seni. gua enjoy malam tu tengok sume performers. gua minat gile ana raffali tapi cd yuna pun gua ada dan gua dengar satu2 lagu die. gua harap satu hari liyana fizi atau beeha pun dapat perform ajl. kalah menang apa ada hal.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. huhu..
    tolong ingatkan aku ..nice song for me
    masing2 ada pendapat..keputusan dah dibuat..
    terima jelah..huhu..

    aidil+ana = double A ;)
    couple bile plak nk masuk AJL??

    ReplyDelete
  14. i ok je ngn result, wtpe nk bising2 bkn leh p tukar2 juara pom..yg pntg ana mng,yeahh i like

    ReplyDelete
  15. nk bising2 pun, sme gak."Keputusan juri adalah muktamad"..just TV3 need to do something for next AJL.

    why not COUPLE je yg pg bertanding.???

    ReplyDelete
  16. Sue Anna: Kitorang tak layak pun nak masuk AJL, semi-final pun tak dapat masuk, tak cukup glamer beb, lagu tak cukup popular utk bertahan lama dlm carta...

    ReplyDelete
  17. Mat Cap,
    Sepatutnya calonkan lagu 'Pergi'.

    ReplyDelete
  18. Azwad: Kalau "Pergi" lagi la nak masuk pencalonan pun tak dapat kot. Maklumlah, takde masuk radio, hehehe

    ReplyDelete
  19. salam encik aidil.

    pada pendapat saya karya yang melodinya bagus, komposisinya bagus, dan arrangement nya bagus tak akan jadi sebagus mana kalau liriknya hancur dan sambil lewa.

    pada saya karya yang benar-benar bagus ialah gabungan lagu dan lirik yang bagus.

    pada pendapat saya Tolong Ingatkan Aku dari Ana Raffali punya keunikan sendiri untuk diangkat menjadi juara.

    semua orang boleh menulis, tapi bukan semua boleh menulis dengan bagus.

    apa-apa pun, COUPLE ROCKS! :)

    ReplyDelete
  20. Sufian,
    Bukan niat menyalahkan sesiapa. Hanya ingin mencari jawapan dan kefahaman.

    ReplyDelete
  21. En Azwad, cuba baca betul2.

    dari pemahaman saya penulisan en Aidil tak ada pun memberi justifikasi dari segi muzik untuk kemenangan Ana Raffali.

    yang ada hanyalah tudingan jari untuk mencari sebab kenapa Ana Raffali menang. (demikian itu, di waktu yang sama, ia seperti melecehkan kemenangan beliau kerana ianya menjurus kepada sekadar cita rasa saja - itupun cita rasa lapuk).

    ReplyDelete
  22. haha. nice one Aidil! kalau tak dapat kahwin dengan 'bakal isteri' Ana juga tak tau la.

    ReplyDelete
  23. Sufian: I rasa u salah faham kot penulisan i ni. I cuma 'tudingkan' jari kepada hakikat bahawa sekrg ni bunyi2an dlm industri muzik kita dah berbagai, dan falsafah bermuzik pun ada berbagai, tapi masalahnya kriteria penilaian dlm AJL macam masih sama jugak.

    I takde pun memperlekeh muzik bakal isteri i tu ataupun kepada mana2 cita rasa muzik yg kononnya 'lapuk' (ingat, i tak pernah guna pun perkataan 'lapuk' tu).

    Semua org ada hak utk main dan suka style muzik yg diorang suka, tapi i nak tanya u satu je: Level atau tak playing field utk semua jenis muzik kat dlm arus perdana industri muzik di Malaysia ni?

    Adakah setiap jenis muzik dapat peluang untuk apresiasi yg sama, especially dlm show mcm AJL? Adakah AJL mempunyai set-up yg cukup baik utk memberi apresiasi tersebut?

    Itu saja rasanya point i dlm blog i tulis ni (selain dari nak melamar bakal isteri i cik Ana Raffali tu, hehehehe). Sekian, makacih...

    ReplyDelete
  24. ah, sbnrnye anugerah juara lagu tgh bermslh dgn ade la supporter fanatik penyanyi yg siap2 terjun tu..aku rs dh bertahun penyokong2 susah mati die tunggu nk tgk die mng. tp, smpai skrg xmng2 lg. plg baik cuma dpt persembahan terbaik. kalu die mng, org xbising kot..thn dpn, bg la die mng. kalu x, ade yg keluar dr stadium lg nnt. hahaha

    Ana Rafalli menang dengan lagu sampah?!!

    ReplyDelete
  25. Aidil,
    Kan Ana dah tweet jangan lamar dia kat blog? :P

    ReplyDelete
  26. Kak Ana dh menang ...jgn bising XP

    ReplyDelete
  27. agree with u...haha sian ana she should'nt be blamed for those insane things kan...hehe tapi tang calon isteri tuh memang takleh blah haha

    ReplyDelete
  28. harap artikel ni dapat sokong sikit pendapat saya tempoh hari..

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm

    ReplyDelete