Dah lama tak update blog ni. Biasalah, busy dgn kerja. Anyways, saja i nak share dgn u allz satu berita yg cambest la jugak. Kalau u allz ada follow kitorang punya Facebook atau Twitter, mesti u allz pernah terbaca announcement we allz pasal ada filem omputih ni, dari negara USA, yang bertajuk SUPER ada menggunakan lagu Couple. Filem ni sebenarnya adalah sebuah filem indie yg low-budget je walaupun ada ramai gak bintang2 Hollywood berlakon, sebab depa suka sgt skrip cerita ni depa tak kisah la low-budget atau tak.
Antara bintang2 yg ada dlm cerita ni adalah mcm hero dia Rainn Wilson (dia jadi Dwight dlm "The Office", dan kalau u allz pernah tgk movie mcm "The Rocker", "Superbad" dan jugak "Transformers 2" kompom u allz akan kenal muka dia), heroin dia Ellen Page (chenta hatiku yg berlakon jadi "Juno", dan jugak dlm "Inception"), Liv Tyler (byk sgt filem dia, mcm "Armageddon", "Empire Records", "Stealing Beauty") dan abg Kevin Bacon (pun dah berlakon mcm2, tapi kompom sapa2 pun takkan lupa dia menayang anunya yg tak dalam botol dalam "Wild Things", kekeke). Poster dia mcm kat bawah ni:
Lagu yg dey allz pakai adalah "Now That I Can See". Camne lak omputih2 ni tau lagu Couple? Sebenarnya director filem ni, encik James Gunn (director filem "Slither" dan jugak penulis skrip utk "Dawn Of The Dead", dan 2 filem "Scooby Doo" tu), dah agak lama jugak la suka lagu2 we allz yg tak seberapa ni. Masa zaman Myspace tgh hangat tu, dia siap letak lagu tu jadi profile song dia lagi. Dan kalau u allz ingat, dlm 2 tahun lepas ada web series dari USA bertajuk "Humanzee' yg jugak ada guna lagu tu, haaa dia la jugak director nya. Dia punya la suka lagu tu, dia siap letak lagu tu kat No. 36 dlm list dia buat tentang "My 50 Favourite Songs Of The Decade".
So, we allz memang rasa sgt bertuah dan bersyukur la yg we allz dapat peluang utk terlibat dlm projek filem yg menarik mcm ni. Setakat ni dey allz bagitau yang filem ni masih takde pengedar lagi kat Malaysia. Kalau di USA, filem ni akan release bermula 1 April di New York dan Los Angeles, dan kemudian akan berkembang ke seluruh USA setiap minggu. Kalau di Eropah, cuma di UK je takde pengedar lagi, dan negara2 besar lain macam France (dlm 500 panggung!), Germany, Italy semua dah ada pengedar. Kat Australia pun ada. Jadi kalau u allz ada sedara mara yg bekerja dlm syarikat pengedar filem kat Malaysia ni, haaa lobi lah sikit supaya filem ni dapat kita tonton kat wayang kat sini.
Pasal CD soundtrack filem ni pulak, khabarnya akan mula dijual pada 29 Mac di USA. Tak tau lah sama ada akan diimpot atau tak ke sini. Syarikat yg keluarkan CD soundtrack ni nanti adalah Lakeshore Records, yg jugak keluarkan soundtrack utk filem2 terkini mcm Drive Angry, No Strings Attached, Faster, Blue Valentine, Megamind dan jugak yg dah lepas mcm The Last Kiss, Monsters vs Aliens, Superbad, Pineapple Express, The Hurt Locker dan banyak lagi. Depa dah hantar surat mintak permission nak masukkan lagu Now That I Can See tu dlm CD soundtrack ni jugak, tapi tak tau la masuk ke tak lagi sebab rasanya lagu2 dari band/penyanyi solo je dah ada 18 dlm filem ni, tu tak termasuk original score dia, yg dibuat oleh Tyler Bates (komposer utk Watchmen dan 300). Jadi, kita tunggu dan lihat la ada rezeki ke tak utk dapat masuk soundtrack CD ni...
Akhir sekali, we allz nak menjemput u allz utk menonton trailer utk filem ni yg baru je beberapa jam yg lalu di-premiere kan di alam internet. Oleh kerana blog ni tak cukup lebar utk embed trailer yg lebar ni elok2, sila KLIK DI SINI utk tgk trailer ni dgn penuh dan cantik.
Lepas tgk trailer ni, lagi la we allz tak sabar nak tgk filem ni. Shut up crime!